Selamat datang ke besonline. Di sini anda boleh dapati berita yang terkini....

 ENGLISH VERSION
 

Utama

Berita Nasional

Bisnes /Ekonomi

Antarabangsa

Sukan

Cuaca

Petikan

Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya

BERITA UTAMA

TPM yakin isu Kalimah Allah boleh diselesai
Pelapor: Posted by Woon/Source-Bernama
Tarikh: 04/01/2010

Petaling Jaya - Timbalan Perdana Menteri meminta rakyat supaya bertenang dan yakin dengan langkah-langkah yang akan diambil kerajaan bagi menangani isu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta orang ramai supaya tidak membuat keputusan terburu-buru dalam soal ini.

"Perdana Menteri dah umum yang kita (kerajaan) akan membuat rayuan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi meneliti keputusan mahkamah yang lebih tinggi," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Subang Bestari.

"Saya fikir kita perlu memberi kepercayaan kepada pimpinanan kerajaan untuk menangani masalah ini. Kita tak mahu sebab (kesan) keputusan mahkamah ini boleh membangkitkan suasana marah dan tegang antara pelbagai kaum di negara ini," katanya.

Khamis lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan "Allah" dalam penerbitannya.

Pada 16 Feb lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan "Allah" dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Muhyiddin berkata kerajaan juga akan terus mengadakan dialog dan perbincangan dengan badan-badan keagamaan bagi menyelesaikan masalah ini.

"Kita sentiasa mengadakan dialog yang jelas bertujuan mewujudkan hubungan lebih baik antara beberapa kumpulan agama yang mewakili beberapa pertubuhan.

"Saya yakin kita boleh selesai (perkara ini) dan kita adakan perbincangan dengan badan-badan agama agar mereka boleh faham di samping kita merujuk kepada apa yang diputuskan oleh mahkamah berdasarkan Perlembagaan. Kita harus faham daripada segi sejarah, agama Islam dan sebagainya," katanya.-Bernama

[Halaman 7 / 73] | 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 | [Berikutnya]

Tajuk Tarikh
Bajet 2009 bantu rakyat hadapi cabaran global 30/08/2008
Balasubramaniam tarik balik tuduhannya 04/07/2008
Bangunan Jaya Supermarket runtuh, 2 pekerja binaan maut 29/05/2009
Banjir di Kelantan tidak berubah, di Terengganu semakin pulih 07/11/2009
Banjir di Terengganu semakin buruk, penduduk dipindahkan terus meningkat 22/11/2009
Banjir semakin buruk, 4 perjalanan kereta api ditangguhkan 23/11/2009
Bank Negara kaji semula unjuran KDNK tahun ini 30/04/2010
Bank Negara Turunkan OPR Kepada 3.25 Peratus 25/11/2008
Bantuan kewangan akan diberi jika harga diesel dinaikkan 25/04/2008
Banyak wang digunakan untuk pilihan raya kecil 17/04/2009

[Halaman 7 / 73] | 1 || 2 || 3 || 4 || 5 || 6 || 7 || 8 || 9 || 10 | [Berikutnya]

VIDEO

  Klik sini untuk semua video..


Negara Kita Tanggungjawab Kita

Wawasan 2020

Muhibbah

Malaysia Berjaya

Jalur Gemilang


1.png

RTM Korporat

2.png

TV 1

3.png

TV 2

4.png

Radio RTM

7.png

Koleksi

6.png

Musik Aktif

9.png

Streaming TV 1

9.png

Streaming TV 2

Hak Cipta Terpelihara (c) 2008Besonline