Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda
BERITA BISNES/EKONOMI
Ekspo IAT, langkah FAMA promosikan produk PKS tempatan
Pelapor: Posted by Noor/sumber RTM
Tarikh: 01/08/2009
Seberang Jaya - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengambil pelbagai langkah proaktif untuk mempromosikan produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan.
Salah satunya menerusi Ekspo Industri Asas Tani (IAT) Wilayah Utara yang sedang berlangsung di Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Pengarah FAMA Wilayah Utara, Mohd Ariffin Awang berkata, ekspo IAT selama empat hari itu merupakan salah satu platform bagi PKS memperkenalkan produk mereka.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian Ekspo IAT di Tesco Extra Seberang Jaya oleh ADUN Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.
Sebanyak 45 gerai PKS dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis mengambil bahagaian.
Pelbagai produk seperti produk herba, snek dan bakeri, makanan tradisional dan pelbagai produk IAT lain boleh didapati di ekspo tersebut.