Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
BERITA BISNES/EKONOMI
Ekonomi negara semakin pulih, kesan sistem ekonomi terbuka
Pelapor: Posted by Noor/sumber RTM
Tarikh: 29/08/2009
Bachok - Ekonomi di beberapa negara maju sejak mutakhir ini semakin pulih, Malaysia turut merasai kesannya kerana ini turut mengamalkan sistem ekonomi terbuka.
Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr. Awang Adek Husin berkata, pada suatu ketika tahun lepas perkembangan ekonomi Malaysia pernah terbantut secara ketara.
Ini kerana negara mengalami penyusutan KDNK sehingga enam peratus.
Kadar penyusutan itu bagaimanapun dijangka berkurangan menjadi 3.9 peratus sahaja dalam tempoh penggal kedua tahun ini.
Datuk Dr. Awang Adek Husin memberitahu media selepas menyampaikan zakat kepada sekumpulan penerima di Kampung Perupok, Bachok.
Menurut beliau, faktor kepada pemulihan ekonomi itu antaranya kerana Malaysia mengamalkan dasar ekonomi terbuka berasaskan kepada eksport, pemulihan ekonomi di negara pengimport, disusuli dengan pengembangan di negara pengeksport seperti Malaysia.