Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
BERITA BISNES/EKONOMI
Ekspo Kerjaya Sabah mampu tarik ribuan pengunjung
Pelapor: Posted by Noor/sumber Bernama
Tarikh: 08/12/2009
Kota Kinabalu - Ribuan pencari pekerjaan dari seluruh negeri Sabah dijangka mengunjungi ekspo kerjaya anjuran Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Negeri di Pusat Perdagangan Sabah Likas pada 11 Disember ini.
Menterinya, Datuk Dr Yee Moh Chai berkata antara aktiviti utama sempena ekspo kerjaya itu ialah pameran kerjaya yang disertai institusi latihan awam dan swasta, syarikat-syarikat perniagaan yang menawarkan pekerjaan serta jualan buku dengan kadar diskaun yang berpatutan.
Sebanyak 50 organisasi dari agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, penyedia latihan kemahiran dan institusi pengajian tinggi akan menyertai pameran itu, katanya.
Yang turut hadir ialah Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Jainab Ahmad.
Sehubungan dengan itu, Datuk Dr Yee menyeru orang ramai terutama pencari pekerjaan supaya datang beramai-ramai untuk menjayakan ekspo kerjaya itu.
Beliau berharap ekspo seumpama itu dapat diadakan di tempat lain di negeri ini pada masa depan.