Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda
BERITA BISNES/EKONOMI
EON akan jadi syarikat persendirian
Pelapor: Suhaimie/Sumber Bernama
Tarikh: 28/01/2010
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- DRB-Hicom Bhd merancang menjadikan Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) syarikat persendirian menerusi proses pembayaran semula (cadangan SCR) dan pengurangan modal terpilih.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, DRB-Hicom berkata anak syarikat milik penuhnya, Hicom Holdings Bhd, meminta DRB melaksanakan proses itu bagi menjadikan Hicom pemegang saham tunggal EON.
Jumlah tunai yang dicadangkan sebanyak RM1.55 adalah berdasarkan premium kira-kira 174.3 peratus berbanding rujukan harga pasaran tersedia saham-saham EON pada 56.5 sen, yang digantung sejak 11 Mac, 2008.
HICOM juga bercadang proses itu dibiayai menerusi dana dalaman dan/atau pinjaman bank EON.
EON juga akan dikeluarkan daripada senarai Pasaran Utama Bursa Securities.
Cadangan SCR tidak memberi sebarang kesan ke atas terbitan dan modal saham berbayar DRB-Hicom selain gearan DRB-Hicom dan anak syarikatnya.
Ia juga membolehkan syarikat menyepadukan sepenuhnya pendapatan EON Group.
Proses itu dijangka selesai menjelang suku ketiga 2010.