Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
BERITA BISNES/EKONOMI
Eksport Malaysia cecah RM63.36 bilion
Pelapor: RTM/Suzie
Tarikh: 04/09/2008
Ekonomi Malaysia terus dipacu oleh eksport negara apabila mencecah nilai tertinggi RM63.36 bilion bagi bulan Julai 2008.
Ia melonjak 25.4 peratus, sekaligus merupakan lebihan dagangan ke-129 bulan berturut-turut sejak November 1997.
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dalam kenyataannya berkata, pertumbuhan eksport yang kukuh menghasilkan lebihan dagangan yang tinggi, RM14.51 bilion bagi Julai tahun ini.
Projek Terminal Makanan Negara (TEMAN) kini dijangka siap mengikut jadual pada penghujung 2009.
Projek setiap satu bernilai RM100 juta itu akan dijalankan di Ipoh, Perak dan Salor, Kota Bharu, kelantan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata projek TEMAN di Ipoh berjalan mengikut jadual.
Manakala di Kelantan, terdapat sedikit masalah untuk menambun tanah untuk tapak projek berkenaan.
TEMAN akan berfungsi sebagai pusat pengumpulan belian dan pengedaran hasil tanaman yang berkonsepkan seperti pasar borong yang lebih cekap dan canggih.
Kerajaan juga sedang berusaha meningkatkan minat sektor swasta untuk melabur dalam industri pertanian.
Ini memandangkan sambutan sektor tersebut dalam industri itu masih kurang menggalakkan.
Antara bidang yang dikenalpasti, akuakultur,tanaman buah-buahan dan sayuran.