Paris- Cabaran Malaysia pada kejohanan badminton Terbuka Perancis kini hanya digalas pasangan beregu wanita, Wong Pei Tty/Chin Ei Hui selepas pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dan beregu, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong tumpas di separuh akhir.
Juara beregu wanita Terbuka Denmark, Pei Tty/Ei Hui berjaya menundukkan pilihan keenam kejohanan dari China, Zhang Yawen/Zhao Tingting 21-11, 16-21, 21-18.
Manakala Chong Wei gagal meneruskan kemaraan apabila tewas kepada Taufik Hidayat dalam rubber game 21-16, 14-21, 12-21.
Kien Keat/Boon Heong pula tewas kepada gandingan nombor satu dunia dari Indonesia, Markis Kido/Hendra Setiawan 21-17, 16-21, 14-21. |