Tehran- Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad melancarkan pesawat pengebom tanpa pemandu pertama buatan tempatan yang dipanggil 'duta kematian' kepada musuh Iran.
Pakistan- Lebih ramai rakyat Pakistan terpaksa berpindah ke kawasan lebih tinggi apabila air Sungai Indus melimpah dan menengggelamkan berpuluh-puluh perkampungan di selatan negara itu.
London- 21 cedera dengan dua daripada mereka kritikal apabila sebuah keretapi berlanggar dengan sebuah lori kumbahan di England. Antara yang kritikal, pemandu keretapi terbabit.
Filipina- 40 terbunuh apabila sebuah bas yang sarat penumpang terjunam ke dalam gaung sedalam 30 meter di Filipina. 10 termasuk seorang budak berusia 10 tahun terselamat.
Beijing- Pelaburan langsung asing (FDI) China meningkat sebanyak 29.2 peratus pada Julai 2010 kepada AS$6.924 bilion (US$1=RM3.14) berbanding setahun lalu, kata Kementerian Perdagangan.
Turki- Agensi Berita Turki, melaporkan pemberontak Kurdish meletupkan saluran paip minyak Iraq-Kurdish, membunuh dua orang sekaligus memutuskan saliran minyak.