Paris- Misi membawa pulang kejuaraan Badminton Dunia dimulakan skuad badminton negara dengan Datuk Lee Chong Wei mengetuai cabaran melepasi halangan pusingan pertama.
Romania- Jurulatih Manchester City, Roberto Mancini mengingatkan kepada pemain-pemainnya agar tidak terlalu lalai pada perlawanan menentang Timisoara FC awal pagi nanti.
Kuala Terengganu- Terengganu menganggap semua pasukan yang bertanding pada kejohanan Piala Malaysia musim ini yang bermula 14 Sept ini sebagai seimbang dan tidak ada pasukan pilihan.
Singapura- Dua pelayar negara, Khairuneeta Mohd Afendy dan Mohd Amirul Shafiq Md Jais berada dalam kelompok utama selepas dua perlumbaan pada acara sukan layar di Sukan Olimpik Belia (YOG) pada hari Selasa.
Singapura- Pemain remaja negara Loh Wei Sheng mempunyai peluang merangkul pingat pada temasya Sukan Olimpik Belia (YOG) apabila berjaya melangkah ke separuh akhir acara badminton pada hari Selasa.